Tuesday 18 June 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS KALI KE-15 WPKL

Pada 21 hingga 23 Mei 2013 telah diadakan Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas kali ke-15 WPKL di Stadium Mini Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Matlamat kejohanan ini diadakan ialah untuk membantu mengembangkan semua aspek potensi pelajar-pelajar program pendidikan khas yang berteraskan semangat kesukanan ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar di bawah program ‘Satu Murid Satu Sukan’ yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat ini telah terbukti tercapai dengan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh atlit-atlit sekolah. 
       Atlet-atlet dari SMK Seri Tasik telah berjaya memecah beberapa rekod baru. Pungutan pingat yang diperolehi oleh SMK Seri Tasik ialah 8 emas, 6 perak dan 1 gangsa. SMK Seri Tasik telah berjaya memecah rekod baru sebanyak 7 acara iaitu dalam acara lompat jauh (Khairul Izwan Bin Zakaria), lontar peluru (Nur Amirah Binti Mohd Azmi), lompat tinggi (Mohd Syafiq Bin Aziz), larian 800M (Abd Latiff Bin Abdullah), lempar cakera (Mohd Nor Afiq Bin Nor Danif), larian 100M (Khairul Izwan Bin Zakaria) dan Quartet 4x100M. Pelajar-pelajar ini akan mewakili Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan di Kuantan Pahang. Jurulatih yang membimbing pelajar-pelajar ini ialah Pn. Julaidah Binti Ahmad dan En. Azli Bin Mohamad. Tambah menggembirakan ialah kemenangan sebagai johan perbarisan yang diuruselia cikgu Mohd Yusaini dan Cik Siti Mariam. Tahniah kepada pasukan PPKI SMK Seri Tasik.



No comments:

Post a Comment