Wednesday, 27 July 2016

Hari Ketiga Minggu Pendidikan Khas 2016

Pertandingan Boling


Aktiviti pada hari ketiga pada minggu ini adalah pertandingan boling yang telah diadakan di Wangsa Bowl, Wangsa Walk Shopping Complex. Seramai 60 orang pelajar menyertai pertandingan ini secara individu. Seawal pagi setelah selesai perhimpunan harian, pelajar dibahagikan kepada kumpulan – kumpulan kecil iaitu seramai tiga atau empat orang untuk satu kumpulan dan akan dipantau oleh seorang guru atau PPM. Kemudian pelajar dibawa ke kantin untuk sarapan pagi dan seterusnya bergerak ke tempat parkir bas berdekatan dengan Masjid An-Najihin. Dua buah bas yang memuatkan pelajar, guru, dan PPM mula bergerak lebih kurang jam 9.00 pagi dan tiba di Wangsa Walk 15 minit kemudian. Pada jam 10.00 pagi, pertandingan bermula dan tamat pada jam 11.30 pagi. Para guru dan PPM juga turut sama bermain selain membantu pelajar yang ‘low function’. Seterusnya pelajar berkumpul untuk pembahagian cenderamata bagi setiap individu yang menyertai pertandingan tersebut sebelum bergerak pulang ke sekolah pada jam 12.00 tengah hari. Akhirnya bas selamat tiba pada jam 12.40 tengah hari. Pemenang bagi pertandingan boling ini akan diumumkan pada Majlis Penutupan Minggu Pendidikan Khas 2016.

















































No comments:

Post a Comment