Thursday 28 July 2016

Hari Keempat Minggu Pendidikan Khas 2016

Persiapan Tempat Untuk Majlis Penutupan MPK 2016


Persiapan telah bermula seawal jam 8 pagi setelah tamat perhimpunan harian dan tamat pada waktu rehat. Kerja-kerja persiapan termasuklah menghias tempat Majlis Sambutan Hari Raya, penyediaan awal untuk jamuan, dan sebagainya. Semua pelajar dan guru berganding bahu menyiapkan kerja-kerja yang telah dirancang.











Pertandingan Mewarna Batik


Pada 28 Julai 2016 iaitu pada hari Khamis, acara yang diadakan sempena Minggu Pendidikan Khas ialah Pertandingan Mewarna Batik. Penyelaras bagi aktivitu ini ialah Cikgu Julaidah bt Ahmad. Pelajar PPKI telah dibahagikan kepada 18 kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai oleh tiga atau empat orang pelajar. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 1 set peralatan mewarna beserta sekeping plat batik yang telah siap dicanting di atas kain kaftan. Para pelajar dikehendaki menyiapkan dalam tempoh satu jam setengah. Acara dimulakan pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Objektif pertandingan ini diadakan ialah bagi mencungkil bakat terpendam yang ada dalam diri pelajar serta menyemai semangat bekerjasama antara ahli pasukan. Para pelajar menunjukkan kesungguhan dan minat bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Setiap kumpulan akhirnya berjaya mewarnakan batik masing-masing dengan baik dan menarik. Pemenang pertandingan akan diumumkan pada akhir minggu ini.





































No comments:

Post a Comment