Tuesday 26 July 2016

Hari Kedua Minggu Pendidikan Khas 2016

Inspirasi Ikon

Program Minggu Pendidikan Khas pada 26 Julai 2016 bermula dengan program Inspirasi Ikon. Bekas pelajar cemerlang PPKI SMK Seri Tasik telah dijemput untuk ditemubual iaitu Muhammad Johan Arash bin Abu Mansor. Objektif program ini adalah untuk merangsang pelajar agar sentiasa bersemangat untuk menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan dan tidak berputus asa dengan halangan yang ditempuhi. Temubual selama setengah jam yang bermula pada jam 9.30 sehingga 10.00 pagi telah dimuatkan dengan pelbagai cerita mengenai Inspirasi Ikon ini iaitu mengenai perjalanan pendidikan beliau yang bermula dari sekolah sehinggalah sekarang. Pelbagai cabaran yang ditempuhi untuk memasuki Kolej Komuniti Selayang dalam bidang yang menjadi minat kesukaan beliau iaitu bidang kulinari. Beliau juga menunjukkan gambar-gambar percutian beliau ke lapan buah negara yang membuatkan pelajar dan guru berasa begitu teruja. Beliau juga menyatakan impian yang begitu tinggi dalam bidang sukan Taekwando. Semoga apa yang dikongsikan oleh beliau dapat dijadikan perangsang kepada pelajar PPKI dan terus maju walaupun mempunyai kekurangan.


Ikon ditemubual oleh Pn. Lim Chin Yin

Pelbagai coretan kisah perjalanan ikon yang dikongsikan.


Penyampaian sijil oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Penyampaian cenderahati.


Sesi bersalaman bersama ikon.






Pertandingan Futsal


Aktiviti Minggu Pendidikan Khas 2016 diteruskan lagi dengan pertandingan futsal dan aktiviti sukaneka. Pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan pelajar yang berkebolehan bagi pertandingan futsal dan satu kumpulan pelajar lagi untuk aktiviti sukaneka. Pertandingan futsal dikelolai oleh Cikgu Azli Mohamed yang dijalankan di gelanggang serbaguna. Terdapat empat pasukan bagi pelajar lelaki manakala dua pasukan bagi pelajar perempuan.  Aktiviti sukaneka pula dikelolai oleh Cikgu Anis Solehah yang telah dijalankan di Dewan Terbilang. Pelajar telah dibahagikan kepada empat kumpulan yang disertai oleh tujuh atau lapan orang pelajar. Antara acara yang dijalankan adalah Pancing Botol, Ping Pong Dalam Sudu, mencari Gula-Gula Dalam Tepung, Junjung Pundi Kacang, dan Baling Belon Air. Semua pemenang bagi kesemua acara akan diumumkan pada Majlis Perasmian Penutupan Minggu Pendidikan Khas 2016 iaitu pada 29 Julai 2016 nanti.

Pembahagian pasukan.


Perlawanan pertama.


Perlawanan kedua.




Kad kuning telah dilayangkan kepada salah seorang pelajar.

Perlawanan pasukan perempuan.



Acara sukaneka memasukkan air ke dalam botol.


Acara Memancing Jaws (Pancing Botol)

Acara Dragon Ball (Membawa Bola Ping Pong dalam Sudu)



Menjunjung Pundi Kacang.





No comments:

Post a Comment