Monday 25 July 2016

Hari Pertama Minggu Pendidikan Khas 2016

Majlis Pelancaran Minggu Pendidikan Khas 2016 

Majlis Pelancaran Minggu Pendidikan Khas 2016 telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum SMK Seri Tasik di Dataran Gemilang semasa perhimpunan mingguan. Majlis dimulakan dengan perhimpunan mingguan seperti biasa dan diteruskan pula dengan Majlis Pelancaran Minggu Pendidikan Khas 2016. Terlebih dahulu ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis, seterusnya ucapan dari Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu En. Azmi Bin Miskah, dan akhir sekali ucapan perasmian oleh Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum iaitu Pn. Hjh Zuruwati Binti Awang dan seterusnya merasmikan Minggu Pendidikan Khas 2016.

Ucapan alu-aluan pengerusi majlis.

Ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Ucapan perasmian oleh Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum.

Gimik perasmian.

Menandatangani buku perasmian program.


Penyampaian cenderahati oleh pihak PPKI kepada perasmi.




Pertandingan Memasak Sempena Minggu Pendidikan Khas 2016


Aktiviti yang dijalankan pada hari ini iaitu Isnin, 25 Julai 2016 sempena Minggu Pendidikan Khas ialah Pertandingan Memasak Burger. Pertandingan memasak burger ini disertai oleh hampir semua para pelajar PPKI SMK Seri Tasik. Semua pelajar yang terlibat dibahagikan kepada lapan kumpulan iaitu K1, K2, K3, K4, K5, K6, K7 dan K8. Pertandingan ini dihakimi oleh tiga orang guru. Semua kumpulan dibimbing oleh seorang guru sebagai fasilitator. Semua pelajar yang menyertai aktiviti ini menunjukkan kesungguhan dan berusaha sedaya upaya agar kumpulan masing-masing berjaya menjadi pemenang. Antara kriteria yang akan menentukan markah pemenang ialah kreativiti, kebersihan dan juga penglibatan antara ahli. Kumpulan yang menang akan diumumkan pada hari Penutupan Minggu Pendidikan Khas iaitu pada hari Jumaat, 29 Julai 2016.

Pembahagian kumpulan.



Kumpulan 1
Kumpulan 2

Hasil masakan Kumpulan 1


Kumpulan 3

Hasil masakan Kumpulan 2
Hasil masakan Kumpulan 3
Kumpulan 4
Kumpulan 5
Kumpulan 6

Kumpulan 7

Kumpulan 8

Aspek keselamatan juga dititikberatkan.

Pelajar dibimbing oleh guru.


Aspek kebersihan diutamakan.



Hasil masakan Kumpulan 5
Hasil masakan Kumpulan 4
Hasil masakan Kumpulan 8


Hasil masakan Kumpulan 6

Hasil masakan Kumpulan 7



Sesi mendekorasi.



Selepas aktiviti memasak.



Sesi penghakiman.


No comments:

Post a Comment