Pada 17 November yang lepas berlangsungnya Karnival Jom Kasih di Pusat Menunggang Kuda Orang Kurang Upaya cawangan DBKL, Tasik Titiwangsa. Seorang pelajar PPKI, adik Mariyah Afifah Yakcop telah terpilih untuk menyertai karnival ini sebagai pemberi cenderahati kepada tetamu kehormat. Selain itu, Mariyah juga turut terlibat dalam sukan Gymkana kanak-kanak istimewa yang diadakan semasa karnival tersebut. Tetamu kehormat yang hadir adalah YTM Raja Dato' Seri Azureen ibni Sultan Azlan Shah, Penaung Pertubuhan Menunggang Kuda OKU Malaysia.
Tuesday, 17 December 2013
PERTANDINGAN BOLING AKHIR 2013
Pada 12 November yang lepas telah diadakan Pertandingan Boling Akhir PPKI 2013 di Cosmic Bowl, Midvalley. Pertandingan ini adalah acara tahunan menjelang akhir tahun. Selain pelajar, guru dan ppm juga turut serta dalam pertandingan ini. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga turut sama memeriahlan majlis.Warga PPKI juga mendapat sumbangan berbentuk 'goodie bag' dan sarapan pagi daripada pihak AEON BIG. Semua pemenang membawa pulang piala dan hadiah sampingan.
Wednesday, 4 December 2013
SPECIAL OLIMPICS EDUCATION CONFERENCE 2013
Pada 25
hingga 27 November 2013 telah berlangsung Special Olympics Education Conference
anjuran Special Olympics Kuala Lumpur. Conference ini telah berlangsung di Aloaf
Hotel, KL Sentral, Kuala Lumpur. Conference ini melibatkan semua organisasi
berkaitan pendidikan khas dari dalam dan luar Negara.
Pada 26
November, telah berlangsung jamuan makan
malam ‘Special Olympics Gala Dinner’. Jamuan makan malam ini bertujuan untuk
mengutip dana bagi tabung Special Olympics Kuala Lumpur. Beberapa orang artis
telah mengambil bahagian dalam persembahan malam tersebut. Pasukan
Senamseni PPKI SMK Seri Tasik telah dijemput untuk membuat persembahan juga. Pasukan
ini merupakan Pasukan Senamseni yang menggabungkan senamrobik dan tarian di
bawah bimbingan dan tunjuk ajar Pn Julaidah Bt Ahmad. Persembahan senamseni ini
telah dijayakan oleh para pelajar PPKI
bermasalah pembelajaran. Pasukan
ini juga mendapat tajaan penginapan di Hotel ALoaf KL Sentral di sepanjang
conference ini berlangsung.
Menteri
Belai dan Sukan, En Khairi Jamaluddin, Datuk Razaleigh Hamzah dan Datuk
Shahrizat Abd Jalil merupakan tetamu kehormat pada malam tersebut memberikan
tepukan gemuruh untuk pasukan ini.
Syabas
dan tahniah kepada pasukan senamseni PPKI SMK Seri Tasik kerana Berjaya membuat
persembahan dan mengharumkan nama sekolah dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
Wednesday, 13 November 2013
JAMUAN AKHIR TAHUN PPKI 2013
Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun PPKI pada 7 November 2013 di The Junction Bistro, MH Hotel PGRM. Pelajar-pelajar PPKI diraikan dalam majlis ini.
Wednesday, 6 November 2013
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEMBACA PROGRAM NILAM
Pada 31 Oktober yang lepas telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program NILAM di Dewan Sekolah Menengan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan En. Tajuddin b. Mohd Mor. Pada majlis ini murid PPKI Muhammad Johan Arash b. Abu Mansor telah mendapat tempat kedua bagi kategori Sekolah Menengah Integrasi. Johan telah membaca sebanyak 500 lebih buah buku dan telah mendapat Anugerah NILAM peringkat sekolah seterusnya mengalahkan murid arus perdana. Hadiah yang diterima adalah sijil penyertaan dan wang tunai sebanyak RM130. Tahniah diucapkan dan semoga kemenangan ini akan membakar semangat Johan untuk terus mambaca.
Tuesday, 5 November 2013
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
Pada 22 hingga 24 Oktober, telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Pendidikan Khas 2012 di Dynasty Hotel, Kuala Lumpur. Program Pendidikan Khas SMK Seri Tasik telah mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk pencalonan Anugerah Cemerlang Permainan Berkumpulan.
Alhamdulillah.....PPKI SMK Seri Tasik telah berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Cemerlang Permainan Berkumpulan 2012. Puan Pengetua Pn. Hjh. Siti Liah telah mewakili sekolah sekaligus Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menerima anugerah tersebut. Syabas PPKI SMK Seri Tasik.....
Alhamdulillah.....PPKI SMK Seri Tasik telah berjaya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Cemerlang Permainan Berkumpulan 2012. Puan Pengetua Pn. Hjh. Siti Liah telah mewakili sekolah sekaligus Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menerima anugerah tersebut. Syabas PPKI SMK Seri Tasik.....
Selain menerima anugerah, PPKI SMK Seri Tasik juga terlibat di dalam menjayakan majlis ini. Beberapa orang guru dan pelajar PPKI SMK Seri Tasik telah terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Pendaftaran dan Penginapan serta Ahli Jawatankuasa Persembahan. Seramai 5 orang guru telah dilantik sebagai AJK Pendaftaran dan Penginapan manakala AJK Persembahan seramai 2 orang guru bersama 8 orang pelajar. Persembahan daripada pelajar PPKI SMK Seri Tasik tidak mengecewakan para hadirin sebaliknya mendapat tepukan yang sangat gemuruh dan pujian daripada hadirin. Guru-guru dan pelajar-pelajar PPKI SMK Seri Tasik telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan jayanya.
Monday, 28 October 2013
Tuesday, 17 September 2013
FISIOTERAPI KE-2
Pada 12 September 2013, PPKI SMK Seri Tasik telah menjalankan aktiviti fisioterapi. Program ini diadakan di Taman Pudu Ulu, Cheras. Aktiviti dimulakan dengan menjalankan aktiviti memanaskan badan iaitu senamrobik yang dikendalikan oleh Pn. Nur Ain bersama Cik Siti Mariam. Kemudian pelajar berjalan di atas batu refleksologi. Aktiviti berjalan kaki di atas batuan refleksologi sangat bagus untuk pelajar-pelajar pendidikan khas. Aktiviti seterusnya ialah berjogging di sekitar kawasan taman. Aktiviti terakhir ialah sukaneka. Setelah selesai, semua guru dan pelajar ke Jaya Jusco Taman Maluri untuk mobiliti dan menjamu selera.
Monday, 16 September 2013
PROGRAM 1M1S PPKI
Program 1M1S PPKI telah dijalankan pada 10 September 2013. Program ini merupakan program tahunan yang melibatkan arus perdana dan program pendidikan khas. PPKI telah menjalankan pertandingan permainan futsal dan bola jaring. Pertandingan ini dibahagikan mengikut rumah sukan iaitu rumah sukan merah, biru, hijau dan kuning. Bagi kategori futsal, juara dimenangi oleh rumah kuning manakala naib juara dimenangi oleh rumah biru. Permainan bola jaring pula juara dimenangi oleh rumah biru dan naib juara dimenangi oleh rumah merah.
Permainan untuk pelajar aras rendah untuk kategori lelaki adalah menyepak bola ke dalam gol yang dimenangi oleh Mohd Anuar Affendi sebagai juara manakala naib juara ialah Sakhtivel a/l Kanapathi dan tempat ketiga dimenangi oleh Azlan B. Abu Talib. Bagi permainan aras rendah untuk kategori perempuan adalah menjaringkan bola yang dimenangi oleh Nadhirah Binti Abu Bakar sebagai juara, Shamin Natasha Binti Mihd Hissham sebagai naib juara dan Sofea Sharmilla Binti Nasarudin ditempat ketiga.
Semua pemenang telah menerima hadiah berupa hamper, sijil dan hadiah iringan berupa jersi yang disumbangkan oleh BANK RAKYAT. Terima kasih diucapkan kepada penaja dan semua warga PPKI SMK Seri Tasik atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program tersebut.
Tuesday, 27 August 2013
PROGRAM BUBUR LAMBUK 2013
Pada 1 Ogos 2013 bersamaan 24 Ramadhan, Program Bubur Lambuk telah diadakan di Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri. Program ini diadakan dengan kerjasama Masjid Al-Najihin bersama-sama pelajar PPKI dan pelajar Tingkatan Empat SMK Seri Tasik. Kerjasama yang erat telah mengukuhkan lagi silaturrahim antara pelajar-pelajar dan ajk masjid. Program ini telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi iaitu Pengerusi Badan Gabungan Persatuan Penduduk Rukun Tetangga dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Parlimen Bandar Tun Razak. Bubur lambuk telah siap dimasak diedarkan kepada warga SMK Seri Tasik dan jemaah Masjid Al-Najihin. Program telah berjalan dengan jayanya..
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2013
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada 22 Ogos 2013 di Bilik Hujrah Tasik 2, SMK Seri Tasik. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn. Pengetua Pn. Hjh. Siti Liah Binti Che Muda. Turut hadir menyerikan majlis ini ialah Imam Masjid Al-Najihin, Ustaz Mohd Abdul Aziz Bin Mohamad. Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan daripada pelajar iaitu Putra dan Nurul Nabila dari kelas Cempaka. Majlis penyampaian hadiah untuk pertandingan karaoke lagu raya dan pertandingan baju raya tercantik juga diadakan. Pemenang pertandingan karaoke lagu raya telah dimenangi oleh Putra dari kelas Cempaka. Bagi pertandingan baju raya tercantik kategori lelaki dimenangi oleh Muhd Afiq dari kelas Dahlia manakala kategori perempuan pula dimenangi oleh Nur Faidatul daripada kelas Bakawali. Selain daripada penyampaian hadiah, penyampaian duit raya juga diadakan. Penyampaian duit raya telah disampaikan oleh Puan Pengetua.
Friday, 23 August 2013
PROGRAM IHYA RAMADHAN 2013
Sepanjang bulan Ramadhan bermula 31 Julai hingga 2 Ogos, PPKI SMK Seri Tasik telah mengadakan Program Ihya Ramadhan. Pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan antaranya pertandingan tulisan khat, pertandingan melukis gambar masjid dan pertandingan nasyid. Sepanjang bulan Ramadhan juga guru-guru PPKI menyampaikan tazkirah kepada pelajar-pelajar Islam di surau SMK Seri Tasik semasa waktu rehat. Selain itu, projek membuat kuih raya iaitu Kuih Conflake Coklat juga dijalankan untuk diberi kepada setiap pelajar. Selain projek membuat kuih raya, projek memasak juadah berbuka juga dijalankan. Antara menu yang dimasak ialah kuih popia sambal, vadee, roti gulung dan kek batik. Aktiviti membuat kotak untuk diisi kuih raya dan membuat sampul raya juga dijalankan. Setiap pelajar diminta membuat dan menghias kotak masing-masing untuk diisi balang kuih raya. Sampul raya yang siap dibuat pula dijual kepada pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Seri Tasik. Program memasak bubur lambuk juga dijalankan dengan kerjasama Masjid Al-Najihin. Aktiviti terakhir dalam Program Ihya Ramadhan merupakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya yang disempurnakan oleh Pn. Pengetua Pn. Hjh Siti Liah Binti Che Muda.
Friday, 19 July 2013
MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR DAN HARI GURU 2013
Pada 28 Jun 2013 warga PPKI SMK Seri Tasik telah diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Lahir dan Hari Guru. Majlis ini diadakan di Bilik Hujrah Tasik 2 SMK Seri Tasik. Pelajar-pelajar, guru-guru dan PPM yang lahir pada bulan Januari hingga Jun diraikan dengan acara memotong kek dan penyampaian hadiah. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn. Pengetua Pn. Hjh. Siti Liah Binti Che Muda. Pada hari yang sama juga, guru-guru PPKI SMK Seri Tasik diraikan dengan Majlis Sambutan Hari Guru. Guru-guru telah menyanyikan lagu keramat iaitu "Kami Guru Malaysia".
KLINIK MEMANAH DAN PERTANDINGAN MEMANAH TERBUKA ANJURAN PPKI SMK SERI TASIK
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Tasik telah menganjurkan Klinik Memanah pada 26 Jun dan Pertandingan Memanah Terbuka pada 27 Jun bertempat di Padang SMK Seri Tasik. Klinik Memanah telah dikendalikan oleh jurulatih memanah MSSM iaitu En. Nordin Bin Yusopp dan En. Rosli Bin Amir. Ribuan terima kasih diucapkan kerana sudi membantu menjayakan program yang dianjurkan oleh PPKI SMK Seri Tasik. Pelajar-pelajar PPKI SMK Seri Tasik sangat teruja dan seronok mengikuti klinik ini. Pada keesokan harinya diadakan pula Pertandingan Memanah Terbuka antara sekolah-sekolah berdekatan iaitu SMK Taman Yarl, Methodist Boy School, SMK Seri Ampang dan juga sekolah penganjur SMK Seri Tasik. Pertandingan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar PPKI tentang aktiviti memanah di samping mengeratkan hubungan antara warga PPKI SMK Seri Tasik dan sekolah-sekolah lain. Walaupun keadaan cuaca yang kurang baik akibat jerebu, namun aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar.
MINGGU PENDIDIKAN KHAS SMK SERI TASIK 2013
Pada 23 hingga 28 Jun yang lepas, PPKI SMK Seri Tasik telah mengadakan Minggu Pendidikan Khas. Pelbagai aktiviti dan pengisian telah dijalankan selama hampir seminggu. Aktiviti yang dirancang telah dapat berjalan dengan jayanya. Antara aktiviti yang diadakan ialah Majlis Sambutan Hari Lahir dan Sambutan Hari Guru untuk warga PPKI, pertandingan seperti pertandingan permainan dalaman, pertandingan melukis dan mewarna poster, Klinik Memanah, kuiz akademik dan Pertandingan Memanah Terbuka. Walaupun keadaan cuaca yang kurang baik akibat jerebu, namun syukur alhamdulillah, semua aktiviti telah berjaya terlaksana seperti yang dirancang. Terima kepada semua warga PPKI SMK Seri Tasik kerana telah berjaya menjayakan program tahunan ini....
Sunday, 14 July 2013
MAJLIS MERAIKAN EN. MOHD FAZLI
Pada 9 Julai telah diadakan satu majlis untuk meraikan pertukaran salah seorang warga pendidik SMK Seri Tasik yang telah banyak menabur jasa dan bakti demi kejayaan PPKI SMK Seri Tasik. Beliau yang diraikan iaitu En. Mohd Fazli B. Mohd Ster yang telah berpindah ke negeri asal beliau iaitu Perak Darul Ridzuan. Beliau telah bertukar ke SMK Seri Ampang. En. Mohd Fazli telah mula mengajar di SMK Seri Tasik pada awal tahun 2010. Beliau seorang guru yang bertanggungjawab, berdedikasi dan penyayang. Kehilangan beliau di SMK Seri Tasik amat dirasai oleh semua warga SMK Seri Tasik terutamanya warga PPKI. Semoga En. Mohd Fazli akan terus berjaya dan terus mencurahkan ilmu di sekolah yang baru..'Jika ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi...Jika ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi'....
Wednesday, 10 July 2013
KARNIVAL BOLA SEPAK CEREBRAL PALSY (CP) MSN
Satu kejohanan bola sepak
Cerebal Palsy (CP) telah berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) pada 15 Jun
2013. Kejohanan
ini adalah bertujuan langkah pertama MSN untuk memilih dan menubuhkan Pasukan
Bolasepak Cerebal Palsy Negara. Majlis Sukan Negara merancang untuk menubuhkan
pasukan ini sebagai persediaan Temasya Sukan SEA di Myanmar dan
kejohanan-kejohanan seterusnya. Seorang
pelajar SMK Seri Tasik telah mewakili pasukan CP Pesron K. L di bawah latihan
dan pengurusan Pn Julaidah Bt Ahmad. Pasukan ini terdiri daripada pelajar dan
remaja sekolah. Diantaranya Mohd Nabil B Rusli dari SMK Bandar Tasik Selatan
dan Mohd Noraiman B Noraffendi dari SMK Yaakob Latif. Tahniah dan
syabas buat Abd Rahman kerana pasukannya telah mendapat Naib Juara dalam
kejohanan tersebut.
Monday, 1 July 2013
BENGKEL TARIAN INTERNATIONAL DANCE DAY DI AKADEMI SENI DAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (ASWARA)
Seramai 4
orang pelajar terpilih untuk mengikuti bengkel tarian yang dianjurkan oleh
ASWARA sempena hari terbuka ASWARA 2013. Bengkel ini
telah disertai oleh pelbagai lapisan pelajar yang terdiri daripada pelajar
sekolah rendah, menengah, Universiti dan juga insitut perguruan di sekitar
Kuala Lumpur. Bengkel ini
juga disertai oleh golongan belia daripada Singapura. Bengkel dijalan bermula
jam 9 pagi hingga 6 petang. Terdapat 4 jenis tarian yang diajar kepada para
peserta iaitu, tarian zapin, tarian Cina, Kontemporari dan moden. Pelajar yang
terlibat Nurul Nabila Bt Jamil, Nur Alia Najiha Bt Ahamed Sabli, Nurul Faidatul
Amirah Bt Iezam dan Nazathilah Bt Mohd Najib. Pelajar-pelajar ini dibawah bimbingan Pn Julaidah Bt Ahmad selaku guru Kelab Kesenian dan Kebudayaan PPKI
SMK Seri Tasik.
KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN
Kejohanan Padang dan Balapan Pendidikan Khas Kebangsaan telah berlangsung di Kuantan, Pahang pada 9 hingga 13 Jun 2013. Kontijen
Kuala Lumpur telah menghantar 49 orang atlit terdiri daripada Bermasalah
Pembelajaran, Penglihatan dan Pendengaran. Seramai 6 orang atlit terdiri
daripada pelajar PPKI SMK Seri Tasik, Kuala Lumpur. Pelajar-pelajar tersebut ialah
Khairul Izwan Bin Zakaria, Mohd Syafiq Bin Aziz, Mohd Norafiq Bin Nordanif, Abd
Latiff Bin Abdullah, Nur Amirah Binti Mohd Azmi dan Nurul Nabila Binti Jamil. Atlit-atlit
ini telah menjalani latihan selama 3 bulan dibawah bimbingan Pn Julaidah Bt
Ahmad selaku jurulatih olahraga.
Atlit-atlit ini juga telah memenangi 8 pingat semasa kejohanan padang dan balapan peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
baru-baru ini.
Kontijen K.
Lumpur telah menginap di di D’embassy Hotel Aprtment dan kejohanan berlangsung
di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Pada tahun
ini, pencapaian atlit dari SMK Seri Tasik
amat membanggakan apabila Nur Amirah Bt Mohd Azmi telah memenangi 2 pingat
gangsa dalam acara lempar cakera dan
lontar peluru kategori Perempuan Senior (Bermasalah Pembelajaran).
Tahniah SMK Seri Tasik!
Tuesday, 18 June 2013
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS KALI KE-15 WPKL
Pada 21 hingga 23 Mei 2013 telah diadakan Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas kali ke-15 WPKL di Stadium Mini Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Matlamat
kejohanan ini diadakan ialah untuk membantu mengembangkan semua aspek potensi pelajar-pelajar program
pendidikan khas yang berteraskan semangat kesukanan ke arah pembinaan dan
pengukuhan sahsiah pelajar di bawah program ‘Satu Murid Satu Sukan’ yang
dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat ini telah terbukti tercapai dengan kejayaan yang
telah ditunjukkan oleh atlit-atlit sekolah.
Atlet-atlet dari SMK Seri Tasik telah berjaya memecah beberapa rekod baru. Pungutan pingat yang diperolehi oleh SMK Seri Tasik ialah 8 emas, 6 perak dan 1 gangsa. SMK Seri Tasik telah berjaya memecah rekod baru sebanyak 7 acara iaitu dalam acara lompat jauh (Khairul Izwan Bin Zakaria), lontar peluru (Nur Amirah Binti Mohd Azmi), lompat tinggi (Mohd Syafiq Bin Aziz), larian 800M (Abd Latiff Bin Abdullah), lempar cakera (Mohd Nor Afiq Bin Nor Danif), larian 100M (Khairul Izwan Bin Zakaria) dan Quartet 4x100M. Pelajar-pelajar ini akan mewakili Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan di Kuantan Pahang. Jurulatih yang membimbing pelajar-pelajar ini ialah Pn. Julaidah Binti Ahmad dan En. Azli Bin Mohamad. Tambah menggembirakan ialah kemenangan sebagai johan perbarisan yang diuruselia cikgu Mohd Yusaini dan Cik Siti Mariam. Tahniah kepada pasukan PPKI SMK Seri Tasik.
Atlet-atlet dari SMK Seri Tasik telah berjaya memecah beberapa rekod baru. Pungutan pingat yang diperolehi oleh SMK Seri Tasik ialah 8 emas, 6 perak dan 1 gangsa. SMK Seri Tasik telah berjaya memecah rekod baru sebanyak 7 acara iaitu dalam acara lompat jauh (Khairul Izwan Bin Zakaria), lontar peluru (Nur Amirah Binti Mohd Azmi), lompat tinggi (Mohd Syafiq Bin Aziz), larian 800M (Abd Latiff Bin Abdullah), lempar cakera (Mohd Nor Afiq Bin Nor Danif), larian 100M (Khairul Izwan Bin Zakaria) dan Quartet 4x100M. Pelajar-pelajar ini akan mewakili Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan di Kuantan Pahang. Jurulatih yang membimbing pelajar-pelajar ini ialah Pn. Julaidah Binti Ahmad dan En. Azli Bin Mohamad. Tambah menggembirakan ialah kemenangan sebagai johan perbarisan yang diuruselia cikgu Mohd Yusaini dan Cik Siti Mariam. Tahniah kepada pasukan PPKI SMK Seri Tasik.
KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PENDIDIKAN KHAS 2013
Pada 19 hingga 21 Mei 2013 telah berlangsung Karnival Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Kebangsaan yang berlangsung di Melaka. Konsep pertandingan adalah 1 Malaysia yang melambangkan kepelbagaian kaum hidup harmoni yang digambarkan melalui gerak tari. Kumpulan-kumpulan tarian juga dianggotai oleh pelajar dari pelbagai kaum. Seramai 600 orang pelajar dari seluruh negeri terlibat dalam karnival ini. Acara yang dipertandingkan ialah acara anyaman bakul rotan untuk kategori akaldan pendengaran, tarian 1 Malaysia untuk kategori akal dan pendengaran, nyanyian solo untuk kategori penglihatan dan melukis untuk kategori akal dan pendengaran. Seramai 5 orang pelajar PPKI SMK Seri Tasik terpilih dalam kumpulan tarian 1 Malaysia
Kontijen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pasukan Kuala Lumpur telah menggunakan muzik yang digabungkan daripada pelbagai kaum dan etnik di Malaysia iaitu muzik etnik orang asli, Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak. Pelajar-pelajar SMK Seri Tasik yang terlibat ialah Nurul Nabila Bt Jamil, Nur Alia Najiha Bt Ahamed Sabli, Nurul Faidatul Amirah Bt Iezam, Abd Latiff Bin Abdullah dan Iman Assraf Bin Mohd Rafi. Pelajar-pelajar ini telah terlibat mewakili Kuala Lumpur untuk kali kedua. Pasukan Kuala Lumpur telah menjalani latihan selama 5 minggu di bawah bimbingan Pn. Julaidah Bt Ahmad dan 2 orang juru tarian yang didatangkan khas dari Akademi Seni dan Kebudayaan Kebangsaan (ASWARA).
Kontijen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pasukan Kuala Lumpur telah menggunakan muzik yang digabungkan daripada pelbagai kaum dan etnik di Malaysia iaitu muzik etnik orang asli, Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak. Pelajar-pelajar SMK Seri Tasik yang terlibat ialah Nurul Nabila Bt Jamil, Nur Alia Najiha Bt Ahamed Sabli, Nurul Faidatul Amirah Bt Iezam, Abd Latiff Bin Abdullah dan Iman Assraf Bin Mohd Rafi. Pelajar-pelajar ini telah terlibat mewakili Kuala Lumpur untuk kali kedua. Pasukan Kuala Lumpur telah menjalani latihan selama 5 minggu di bawah bimbingan Pn. Julaidah Bt Ahmad dan 2 orang juru tarian yang didatangkan khas dari Akademi Seni dan Kebudayaan Kebangsaan (ASWARA).
Monday, 17 June 2013
Jemputan Klinik dan Pertandingan Memanah Terbuka 2013
Sukacita dimaklumkan sempena program Minggu Pendidikan Khas , PPKI SMK Seri Tasik akan menganjurkan satu Klinik pendedahan dan seterusnya Pertandingan Memanah Terbuka kepada semua Program PPKI yang berminat menyertainya seperti butiran berikut:
Tarikh : 26 Jun - Klinik Memanah
27 Jun - 28 Jun - Pertandingan & Penyampaian hadiah
Masa : 8.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : Padang Sekolah.
Acara Pertandingan Terbuka:
1. Perseorangan - 1 Lelaki / perempuan
2. Bergu - 2 Lelaki / perempuan
3. Berpasukan - 4 Lelaki / perempuan
Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Rosli bin Omar 012-2935058 / En. Mohd Yusaini Yaakub 0126579276 . Penyertaan pada kali ini dikenakan yuran penyertaan RM 50.00 sahaja dan bilangan penyertaan adalah terhad oleh itu hubungi kami segera .
Tarikh : 26 Jun - Klinik Memanah
27 Jun - 28 Jun - Pertandingan & Penyampaian hadiah
Masa : 8.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : Padang Sekolah.
Acara Pertandingan Terbuka:
1. Perseorangan - 1 Lelaki / perempuan
2. Bergu - 2 Lelaki / perempuan
3. Berpasukan - 4 Lelaki / perempuan
Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Rosli bin Omar 012-2935058 / En. Mohd Yusaini Yaakub 0126579276 . Penyertaan pada kali ini dikenakan yuran penyertaan RM 50.00 sahaja dan bilangan penyertaan adalah terhad oleh itu hubungi kami segera .
Monday, 10 June 2013
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Pada 14 dan 15 Mei 2013, PPKI SMK Seri Tasik telah mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Lawatan ini disertai oleh 6 orang guru, 3 orang PPM dan 26 orang pelajar PPKI. Selama 2 hari ini pelbagai aktiviti dijalankan. Perjalanan aktiviti dimulakan dengan lawatan penanda aras ke PPKI SMK Simpang Bekoh Jasin, Melaka. Kedatangan kami disambut mesra oleh warga SMK Simpang Bekoh. Guru-guru serta pelajar-pelajar dapat melihat hasil kerja dan perjalanan program PPKI SMK Simpang Bekoh di samping dapat bertukar-tukar pendapat untuk meningkatkan kecemerlangan program PPKI masing-masing.
Selain itu, perlawanan persahabatan petanque juga diadakan untuk mengeratkan hubungan kemesraan antara 2 buah sekolah ini. Kemudian lawatan diteruskan dengan melawat Muzium Samudera, Muzium Maritim dan Menara Taming Sari di Bandar Hilir. Pada sebelah malam pula, pelajar-pelajar dibawa menaiki River Cruise. Pada 15 Mei pula, lawatan diteruskan dengan melawat Planetarium Melaka dan Taman Mini Malaysia di Ayer Keroh. Akhir sekali pelajar-pelajar dibawa menikmati makan tengahari di KFC Restoran Jejantas Ayer Keroh.
Selain itu, perlawanan persahabatan petanque juga diadakan untuk mengeratkan hubungan kemesraan antara 2 buah sekolah ini. Kemudian lawatan diteruskan dengan melawat Muzium Samudera, Muzium Maritim dan Menara Taming Sari di Bandar Hilir. Pada sebelah malam pula, pelajar-pelajar dibawa menaiki River Cruise. Pada 15 Mei pula, lawatan diteruskan dengan melawat Planetarium Melaka dan Taman Mini Malaysia di Ayer Keroh. Akhir sekali pelajar-pelajar dibawa menikmati makan tengahari di KFC Restoran Jejantas Ayer Keroh.
BENGKEL TARIAN BERSAMA ASWARA
Seramai 4
orang pelajar terpilih untuk mengikuti bengkel tarian yang dianjurkan oleh
ASWARA sempena hari terbuka ASWARA 2013. Bengkel ini
telah disertai oleh pelbagai lapisan pelajar yang terdiri daripada pelajar
sekolah rendah, menengah, Universiti dan juga insitut perguruan di sekitar
Kuala Lumpur. Bengkel ini
juga disertai oleh golongan belia daripada Singapura. Bengkel dijalan bermula
jam 9 pagi hingga 6 petang. Terdapat 4 jenis tarian yang diajar kepada para
peserta iaitu, tarian zapin, tarian Cina, Kontemporari dan moden. Pelajar yang
terlibat Nurul Nabila Bt Jamil, Nur Alia Najiha Bt Ahamed Sabli, Nurul Faidatul
Amirah Bt Iezam dan Nazathilah bt Mohd Najib. Pelajar-pelajar ini di bawah bimbingan Pn Julaidah Bt Ahmad selaku guru Kelab Kesenian dan Kebudayaan PPKI
SMK Seri Tasik.
Sunday, 12 May 2013
KARNIVAL PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS 2013
Unit Pendidikan Khas JPWP telah menganjurkan Karnival Permainan Pendidikan Khas 2013. Pertandingan ini bertujuan untuk memilih pemain mewakili WPKL dalam Karnival Permainan Pendidikan Khas peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Negeri Sembilan. SMK Seri Tasik tidak ketinggalan menghantar pemain untuk mewakili sekolah sekaligus mewakili Zon Pudu. Dua permainan telah dipertandingkan bagi pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran dan pendengaran iaitu futsal dan bola jaring. Kejohanan ini telah berlangsung di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Keramat. Pertandingan Futsal telah diadakan pada 3 hingga 4 April dan SMK Seri Tasik telah berjaya menjadi johan bagi kategori Bermasalah Pembelajaran. Bola jaring pula pertandingan diadakan pada 7 dan 8 April dan pelajar-pelajar SMK Seri Tasik yang telah mewakili Zon Pudu berjaya mendapat naib johan. Kejayaan ini telah menyemarakkan lagi semangat pelajar-pelajar untuk terus maju dalam menceburi sukan permainan ini.
Sunday, 28 April 2013
MINGGU AKADEMIK PPKI SMK SERI TASIK 2013
Pada 8 hingga 12 April 2013, PPKI SMK Seri Tasik telah mengadakan Minggu Akademik. Sebanyak 6 panitia iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Matematik, Panitia Sains, Panitia Pendidikan Seni dan Panitia Pendidikan Muzik telah mengadakan pelbagai aktiviti. Setiap panitia menyediakan aktiviti untuk 3 aras kategori murid iaitu aras tinggi, aras sederhana dan aras rendah.Oleh itu, semua pelajar terlibat dengan aktiviti yang dijalankan tanpa sebarang pengecualian. Semua guru, PPM dan pelajar telah menunjukkan kerjasama yang sangat baik. Pada 11 April pula diadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara dan Planetarium Negara. Semua pelajar sangat seronok dengan aktiviti yang dijalankan.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI MUZIUM NEGARA DAN PLANETARIUM NEGARA
Bersempena Minggu Akademik PPKI SMK Seri Tasik, PPKI telah menjalankan satu program lawatan sambil belajar ke Muzium Negara dan Planetarium Negara pada 11 April 2013. Semua guru, PPM dan pelajar terlibat dengan lawatan ini. Lawatan ini memberi manfaat kepada pelajar. Banyak ilmu pengetahuan tentang sejarah Malaysia diketahui di Muzium Negara. Di Planetarium Negara semua pelajar didedahkan dengan ilmu Sains yang sangat berguna.
Friday, 26 April 2013
HARI KEUSAHAWANAN 2013
Pada 13 April 2013 SMK Seri Tasik telah mengadakan Hari Keusahawanan. Semua guru dan pelajar telah mengambil peluang untuk menjana pendapatan tidak ketinggalan warga PPKI SMK Seri Tasik. Guru-guru dan pelajar-pelajar PPKI bekerjasama menyediakan makanan untuk dijual. Antara makanan yang dijual ialah air bandung cincau, roti john, potato wedges, sosej dan roti sosej. Selain daripada dapat menjana pendapatan PPKI, ia juga memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar ke arah kerjaya mereka. Di samping menjual barangan berbentuk makanan, PPKI juga telah membuka gerai tambahan untuk jualan buku yang dijual dengan harga yang berpatutan.
PROGRAM SCHOOL BASED OCCUPATIONAL THERAPHY
Pelatih Program Jurupulih Cara Kerja dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buluh Selangor telah menganjurkan Program School Based Occupational Theraphy bersama guru-guru dan pelajar-pelajar PPKI SMK Seri Tasik. Program ini telah diadakan pada 16 April 2013 di Dewan Hujrah Tasik 2 SMK Seri Tasik. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya sukaneka dan ceramah. Tiga slot ceramah telah dijalankan untuk guru-guru iaitu Peranan Terapi Cara Kerja Di Sekolah, Medium Intervensi Terapi Cara Kerja di Sekolah (Hands On) dan Persekitaran Yang Sesuai dalam Kelas bagi Kanak-kanak Istimewa. Program ini dapat meningkatkan kesedaran guru mengenai peranan dan medium rawatan terapi kerja.
Monday, 15 April 2013
PERTANDINGAN PETANQUE PENDIDIKAN KHAS JPWP KUALA LUMPUR
Pertandingan Petanque Pendidikan Khas telah diadakan dengan anjuran bersama Unit Pendidikan Khas JPWP dan Program Integrasi Pendidikan Khas SMK Segambut.Sebanyak 21 buah sekolah di seluruh Kuala Lumpur telah mengambil bahagian. PPKI SMK Seri tasik tidak ketinggalan menghantar pasukan untuk bertandingan dalam kejohanan ini. Pasukan PPKI SMK Seri Tasik terdiri daripada 2 orang guru dan 4 orang pemain. Pasukan petanque PPKI SMK Seri Tasik tidak mengecewakan. Kejayaan besar diperolehi hasil latihan dan tumpuan semasa pertandingan walaupun cuaca amat panas diikuti hujan. Kejayaan diperolehi dalam acara single dan bergu. Pasukan ini telah merangkul pingat emas dalam kategori lelaki dan wanita bergu danpingat gangsa dirangkul dalam kategori lelaki dan perempuan single. Pasukan ini dijangka akan mewakili Kuala Lumpur dalam pertandingan petanque pendidikan khas peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mei di Melaka.
Sunday, 24 March 2013
PROGRAM KECEMERLANGAN JATI DIRI DI KEM WIRAJAYA, SG. CONGKAK
Pada 12 hingga 14 Mac yang lepas PPKI SMK Seri Tasik telah mengadakan Program Kecemerlangan Jati Diri di Kem Wirajaya, Sg Congkak, Hulu Langat. Seramai 38 orang murid, 4 guru pengiring dan seorang pembantu pengurusan murid telah menyertai program ini. Murid-murid yang terpilih untuk menyertainya adalah terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan. Program yang julung-julung kali diadakan ini dirancang khusus untuk pelajar PPKI bertujuan untuk memotivasikan murid agar menjadi murid yang rajin, cekap, berdisiplin dan mempunyai sifat kepimpinan. Selain itu dapat menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan.
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam di sana, antaranya LDK, 'Night Walk', memasak dan solat di dalam hutan serta pertandingan melibatkan antara kumpulan. Alhamdulillah program ini juga mendapat perhatian pihak Unit Pendidikan Khas JPNWP , yang mana pada Majlis Penutup Program , Ketua Unit Pendidikan Khas Tuan Hj. Sauki @ Saufi bin Yusoff telah sudi meluangkan masa untuk hadir bersama Puan Pengetua, Pn. Hjh. Siti Liah Che Muda dan PK HEM Tuan Hj. Khiruddin Abdullah bagi memeriahkan majlis. Beliau amat berharap program seperti ini dapat diteruskan dan dapat melibatkan bilangan pelajar serta program PPKI yang lain. Tahniah dan syabas kepada Setiausaha HEM En. Mohd Yusaini Yaakub bersama Ajk Pelaksana program juga ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada jurulatih Kem Wirajaya kerana telah berjaya mengadakan program ini.
Sunday, 3 March 2013
PRA PERKHEMAHAN PENGAKAP PPKI 2013
Pada 27 hingga 28 Februari 2013 telah diadakan aktiviti Pra Perkhemahan Pengakap PPKI SMK Seri Tasik bertempat di Dataran Cemerlang SMK Seri Tasik. Turut serta dalam perkhemahan pada kali ini ialah Pasukan Pengakap Arus Perdana yang dipimpin oleh Cikgu Azlizan dan Pasukan Pengakap dari SMK Yaacob Latif bersama Cikgu Nawawi selaku pasukan pengakap jemputan. Acara perasmian pembukaan dan penutup Pra Perkhemahan ini telah dilakukan oleh Pn. Hjh Siti Liah Bt. Che Muda, iaitu pengetua SMK Seri Tasik.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya kawad kaki, kursus asas manik kayu 2, aktiviti explorace race, aktiviti kerja amal, kursus lencana pengakap, senamrobik, kemahiran ikhtiar diri dan gotong-royong. Syabas dan Tahniah kepada semua ahli pasukan pengakap yang telah mengambil bahagian juga terima kasih kepada Jurulatih Utama , penceramah , Kem Komanden Cikgu Zulkefli serta Ajk Kerja yang telah bekerja keras untuk menjayakan aktiviti Pra Perkhemahan pada kali ini..... terima kasih cikgu...........
.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya kawad kaki, kursus asas manik kayu 2, aktiviti explorace race, aktiviti kerja amal, kursus lencana pengakap, senamrobik, kemahiran ikhtiar diri dan gotong-royong. Syabas dan Tahniah kepada semua ahli pasukan pengakap yang telah mengambil bahagian juga terima kasih kepada Jurulatih Utama , penceramah , Kem Komanden Cikgu Zulkefli serta Ajk Kerja yang telah bekerja keras untuk menjayakan aktiviti Pra Perkhemahan pada kali ini..... terima kasih cikgu...........
.
Sunday, 24 February 2013
MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN (BAKEB) PPKI
Mesyuarat Agung Badan Kebajikan (BAKEB) PPKI telah diadakan pada 23 Februari 2013 yang lalu. Mesyuarat ini diadakan untuk pemilihan AJK 2013/2014 . Mesyuarat bermula pada pukul 8.00 pagi di Bilik Hujrah Tasik 2, puan pengetua SMK Seri Tasik Pn. Hjh Siti Liah Binti Che Muda telah sudi merasmikan mesyuarat tersebut. Seramai 36 orang ibu bapa telah hadir pada mesyuarat kali ini. Di akhir mesyuarat Pn. Hjh Rosnah Binti Awang masih kekal sebagai Pengerusi Badan Kebajikan PPKI sesi 2013/2014 bersama beberapa ajk baru. Pihak PPKI mengucapkan tahniah dan syabas kepada AJK yang terpilih.
MAJLIS DOA SELAMAT PPKI SMK SERI TASIK
Satu program kerohanian PPKI telah diadakan iaitu Majlis Doa Selamat , amali wuduk dan Solat Dhuha pada 22 Februari 2013. Objektif program untuk memohon keberkatan daripada Ilahi dalam melaksanakan pelbagai program/aktiviti PPKI di samping itu dapat melatih para pelajar cara mengambil wuduk dan solat Dhuha dengan betul. Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin di tapak perhimpunan bersama pelajar-pelajar dan guru-guru aliran perdana. Selesai doa semua pelajar dan guru PPKI berkumpul di surau sekolah. Program dimulakan dengan para pelajar didedahkan dengan cara mengambil wuduk yang betul dan seterusnya menunaikan Solat Sunat Dhuha. Selesai solat cikgu Azli memberi tazkirah tentang adab-adab terhadap ibubapa, penjaga. Program diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh En. Azli Bin Mohamad. Selesai program para pelajar dijamu dengan nasi lemak bungkus.
Tuesday, 19 February 2013
PERJUMPAAN PERTAMA MENTOR-MENTEE
Perjumpaan kali pertama Program Mentor-mentee telah diadakan pada 7 Februari. Semua pelajar diminta berada di dalam kumpulan bersama mentor masing-masing. Aktiviti yang dijalankan pada perjumpaan pertama ini ialah Rantai Nama dan Membentuk Kumpulan. Semua pelajar telah menunjukkan kerjasama yang baik semasa aktiviti dijalankan.
Tuesday, 5 February 2013
BOWLING FIRST ROUND
Program Mobiliti dan Latihan Boling merupakan program bulanan yang sentiasa menarik minat semua murid pendidikan khas. Oleh itu pada 31 Januari yang lalu PPKI SMK Seri Tasik telah memulakan aktiviti boling yang pertama di Cosmic Bowl Megamall Mid Valley. Bermula dari Stesen komuter Salak Selatan seramai 54 orang murid bersama 10 orang guru dan 6 orang PPM telah menaiki komputer menuju ke Mid Valley. Sampai di Mega Mall semua murid guru dan PPM bersarapan terlebih dahulu dan memulakan aktiviti boling sekitar jam 10.30 pagi. Semua murid telah menunjukkan minat dan kesungguhan semasa bermain boling. Bagi murid yang kurang mahir, mereka sentiasa dibantu oleh guru-guru dan PPM. Aktiviti boling berakhir jam 12.30 tengahari, selepas itu semua murid , guru dan PPM bergerak pulang ke sekolah.
.
Sunday, 3 February 2013
PELANCARAN PROGRAM MENTOR-MENTEE PPKI SMK SERI TASIK 2013
"Menjana Kecemerlangan Modal Insan Istimewa" merupakan moto PPKI SMK Seri Tasik. Oleh itu untuk merealisasikan moto tersebut PPKI SMK Seri Tasik telah mengadakan Program Mentor-Mentee atau program bapa/emak angkat kepada pelajar-pelajar PPKI. Majlis Pelancaran Program Mentor-Mentee telah diadakan pada 4 Februari 2013 dan dirasmikan oleh pengetua SMK Seri Tasik Pn. Hjh Siti Liah Bt. Che Muda. Semua guru dan 95 orang pelajar pendidikan khas terlibat dalam program ini. Sesungguhnya kita hanya merancang yang terbaik untuk pelajar-pelajar PPKI semoga Allah memberkatinya.
Tuesday, 22 January 2013
PELANCARAN KELAB TAEKWONDO PPKI SMK SERI TASIK
PPKI SMK Seri Tasik meneruskan program dengan menubuhkan Kelab Taekwondo PPKI. Pihak PPKI berbesar hati kerana Majlis Pelancaran Kelab Taekwondo telah dilakukan sendiri oleh puan pengetua Pn. Hjh Siti Liah Binti Che Muda pada perhimpunan pagi ni di Dataran Cemerlang. Tahniah kepada Setiausaha Kokurikulum Pn. Julaidah Ahmad dan Guru Penasihat Kelab Taekwondo Pn. Rosmi Binti Mohd Ghazi kerana berjaya merealisasikan kelab ini. Ramai pelajar PPKI yang telah menyatakan minat untuk menyertai kelab ini yang dikendalikan bersama Jawatankuasa Badan Kebajikan PPKI (BAKEB).
Monday, 21 January 2013
BANTUAN PUTERI UMNO
' Terima kasih daun keladi '.... Pada hari ini semua pelajar PPKI SMK Seri Tasik berasa bertuah kerana telah menerima sumbangan berupa bekas pensel untuk kegunaan mereka. Sumbangan tersebut telah diterima daripada Cik Zauyah Binti Zainuddin, Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merangkap Ketua Puteri UMNO Bandar Tun Razak. Pihak PPKI mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan.
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Pada 18 Januari 2013 yang lalu semua pelajar SMK Seri Tasik termasuk pelajar PPKI telah menerima Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM 100. Pada hari tersebut ibu bapa setiap pelajar diminta hadir ke sekolah untuk menerima sumbangan tersebut. Sumbangan ini adalah bertujuan untuk meringankan bebanan perbelanjaan persekolahan pelajar.
Sunday, 20 January 2013
FISIOTERAPI
Pada 17 Januari seramai 13 orang guru bersama 5 orang PPM dan 70 orang pelajar PPKI SMK Seri Tasik telah menjalankan aktiviti fisioterapi. Program ini diadakan di Taman Tasik Sri Permaisuri. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik yang dikendalikan oleh Cik Siti Mariam bersama Pn. Syazni. Kemudian pelajar berjogging di sekitar kawasan tasik. Aktiviti terakhir ialah sukaneka. Setelah selesai, semua guru dan pelajar ke Tesco Taman Midah untuk mobiliti dan menjamu selera.
Monday, 14 January 2013
ORIENTASI 2013
Pada 2 hingga 4 Januari telah berlangsung orientasi ppki. Seramai 17 orang murid baru telah berdaftar di SMK Seri Tasik. Kini terdapat 97 orang murid, 13 orang guru dan 6 orang ppm di ppki. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya adalah Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah, Solat Dhuha, Jelajah 1 Sekolah, Pertandingan Karaoke, Gotong-royong, Ujian Diagnostik dan Majlis Penutup.
Subscribe to:
Posts (Atom)